Sunday, 6 July 2014

Detik-detik menunggu result IB

Assalamualaikum semua dan Salam Sejahtera :)

Seperti yang tertera pada tajuk post ini aku nak cerita pasal detik-detik IB result nak keluar. Sebenarnya, result IB batch 8 KMS sudah boleh tahu 5/7 lagi... tapi kena call Cikgu. So, rasa macam takut result tak berapa bagus dan excellent dan takut menggangu cikgu nak solat tarawih jadi,.. tak jadi call or mesej. Aku decide nak check sendiri result IB aku guna website IBO.

less than 24 hours before IB results are out!

Disebabkan sangat boring duduk rumah ni.... lebih-lebih lagi puasa... jadi asyik mengadap laptop je la...So, apa yang aku buat adalah asyik login dan logout account aku di website IBO.. ahha. Jadi, sempat sikit snap gambar screenshot TOK aku yang dah "graded"... TOK (Theory of Knowledge) ni aku buat soalan pasal skepticism in two areas of knowledge which is Religion and Natural Science.. ahha mula-mula Cikgu TOK(Teacher Hindon) tak bagi buat soalan ni... sebab soalan agak susah dan aku pulak just ambil bulat-bulat dari soalan tu.... jadi idea dan isi-isi yang ditulis agak merapu dan tak berapa bernas dan cikgu cakap akan dapa gred "D" hurmmm. Tapi aku nak buat juga soalan skepticism tu... dengan syarat kena buat sikit research pasal skepticism... Jadi aku pun buatla,,,, reseach,,,, tengok kertas-kertas senior tahun sebelum-sebelum, pasal Richard Dawkins(pendukung atheist terhebat), Brain-in-the-vat, Maurice Bucaille (buku pasal The Bible, The Quran and Science) dan Buku Theory of Knowledge semestinya.

Tapi waktu dah habis tulis esei TOK rasa takut pulak nak hantar kat cikgu. OK! sedang aku menulis entri ni (dalam pukul 4.30 petang lebih kurang) tiba-tiba Cikgu Sariah mesej terus dari Facebook  bagitau EE aku dapat B!! Alhamdulillah.... dan yang bestnya ada 3 orang dapat A under Cikgu Sariah dan 2 orang dapat B! bukan senang tahu nak dapat A! kalau nak dapat B mungkin boleh la...Congratz teacher Sariah dan kawan-kawan... :D




Selepas beberapa minit chit- chat dengan Cikgu Sariah,,, dengan volunteernya Cikgu bagitahu aku dapat 35 or 36. Tapi kesahihannya belum dikenal pasti sebab result IB official boleh disemak malam ni (6.7.2014) pukul 8 malam. Jadi tawakkal kepada Allah ..(sudah bertambah tahap gementar ni!)



OK! Cerita aku tak habis kat situ,,,, lepas beberapa minit kemudian Cikgu Sariah pun... mesej... ok lagi dia cakap aku dapat 36 points,,, jadi aku rasa bersyukur teramat tinggi tapi ... kesahihannya belum ditentukan kerana masih belum official slip.. dan Cikgu Sariah hanya tahu melalui emel Kolej..



Ok,,, cerita tak habis lagi,!! lepas beberapa minit kemudian kawan aku Shukri (Kelate) mesej aku budak-budak IB survivor (students) yang dia dah tahu result melalui Cikgu-Cikgu KMS antaranya: dan yang bestnya semua lepas points MARA untuk fly :D


p.s : Congratulations to all my friends! and especially to all my "Cikgu-cikgu" Kolej MARA Seremban..... May Allah ease everything you do :)